APA PUNYA ANAK DERHAKA
Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran).” dimana yang nak dipukul tu?
tapak kakinya….. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif…. itu salah…. “Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak
akan tergamak menderhaka. “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca
daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran
dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang
penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak
sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur,
walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,”. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada
kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka”.. inilah yang menyebabkan mereka derhaka
kepada kita… DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak
hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka
mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah
tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang
bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan
herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat
mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah. BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi
apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya
kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama
ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil
kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.
Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik
apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan
kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua,
bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.” HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi
suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa”. “Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama
agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek,
walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan
mereka. “Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.” USAH DERHAKA KEPADA MENTUA “Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?” “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap
mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,”
jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga
emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru
isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa,
itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak
dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke
atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail,suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi
Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
“Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik
dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada
yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa
lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. “Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu
diceraikan. “Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya
melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.” bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak
pakat elok-elok…. sekian wallahua’lam…. sehingga berjumpa lagi…. Sedutan dari ceramah Dr. Fadhilah Kamsah
Ulasan
Catat Ulasan